Friday 14 September 2018





Saturday 5 August 2017

Honda Fame








Wednesday 18 January 2017

Beginilah Keadaan Muka Bumi Jika Pemanasan Global Terus Berlaku, Semua Ais Di Dunia Cair, Kuala Lumpur Hilang Dari Peta Dunia!!



Jika kita terus menggunakan bahan api fosil tanpa mencari alternatif lain, pemanasan global akan terus berlaku dimana akan mencairkan ais yang berada di kawasan kutub dan puncak gunung.

Apabila ini terjadi, jika semua ais mencair tahukah anda, paras laut akan naik sehingga 216 kami di mana peta dunia baru akan terbentuk, ada negeri akan menjadi pulau-pulau kecil dan terbentuk pantai-pantai baru di atas kediaman yang kita duduki sekarang.

Keadaan ini kemungkinana terjadi jika semua ais di atas tanah cair dan mengalir ke laut yang bakal mewujudkan garis pantai baru untuk benua dan laut pedalaman.

Terdapat lebih daripada lima juta bongkah batu ais di Bumi, dan beberapa orang saintis berkata, ia kini hanya akan mengambil masa lebih daripada 5,000 tahun untuk kesemuanya cair.

Jika kita terus melepaskan karbon ke atmosfera, kemungkinan besar planet bumi akan menjadi planet bebas ais dengan suhu akan meningkat purata 80 darjah Fahrenheit bagi di mana suhu semasa purata kini adalah 58.

Tahukah anda, jika semua ais mencari, ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur akan tenggelam sama sekali, bahkan beratus bandar-bandar utama dunia turut tenggelam seperti London, Dublin, Copenhagen, Stockholm, Venice, Shanghai, Tokyo, New York dan banyak lagi.

Berdasarkan pemerhatian, Florida yang mempunya pantai Daytona yang terkenal, hilang terus daripada peta dunia.

Jom kita lihat gambar-gambar berkenaan.

MALAYSIA

Berdasarkan peta, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka, Johor Bharu, Kota Bharu, ALor Star, Kangar dan Pulau Pinang akan lenyap, negeri Johor hilang terus kawasan daratannya membentuk pulau-pulau kecil yang kini merupakan bukit dan gunung seperti Gunung Ledang. 




BENUA ASIA

Kenaikan paras air ini akan menjejaskan kira-kirra 600 juta orang penduduk China, 160 juta penduduk Bangladesh dan hampir kesemua pantai India kini akan lenyap, manakala air di dataran Mekong kan menyebabkan Kemboja hanya tinggal sebuah pulau iaitu kawasan Gunung cardamom.

Kuala Lumpur, Ho Chi Minh City, Phnom Penh, Bangkok, Shanghai, Singapura dan Dhaka akan lenyap sama sekali. 



BENUA AUSTRALIA  



AMERIKA UTARA

Seluruh kawasan yang menghadap lautan Atlantik akan lenyap, bersama-sama dengan Florida dan Pantai Teluk. Di California, bukit San Francisco akan menjadi kelompok pulau-pulau dan Lembah. 



AMERIKA SELATAN

Amazon akan menjadi lembangan di utara dan Lembangan Sungai Paraguay di selatan akan menjadi teluk Atlantik,Buenos Aires, pantai Uruguay, dan sebahgian besar Paraguay akan lenyap. 



AFRIKA

Berbanding dengan benua lain, Afrika merupakan benua paling sedikit terjejas kerana parasnya dari laut adalah sedikit tinggi, tetapi haba yang semakin meningkat mungkin menyebabkan banyak tempat tidak boleh didiami. Di Mesir, Iskandariah dan Kaherah akan dibanjiri air lautan Mediterranean. 



EROPAH

London? Venice? hanya akan menjadi memori indah bagi mereka yang pernah kesana, apabila semua ais cair semua ini akan menjadi sebahagian ‘keluarga’ Laut Adriatik. Beribu-ribu tahun dari sekarang, dalam senario bencana ini, hampir semua tanah Belanda dan Denmark akan hilang, sementara itu, perairan Mediterranean, laut Hitam dan Laut Kaspia semakin luas. 



ANTARTIKA 

Pensyarah cari calon isteri di FB, letak syarat calon isteri ada sarjana, tawar hantaran RM500



“Saya cuma mampu sediakan yang terbaik untuk kehidupan selepas perkahwin an termasuk rumah, kenderaan dan simpanan untuk bakal isteri dan anak, malah jika sesiapa yang sudi penuhi syarat ini, saya sudi mengambilnya sebagai isteri,” kata Dr Mohd Ariff Ahmad Nazri.

Pensyarah cari calon isteri di FB, letak syarat calon isteri ada sarjana, tawar hantaran RM500

Tindakan pensyarah berusia 32 tahun itu mendapat perhatian pengguna laman sosial apabila status yang dimuat naik di Facebook jam 4.11 petang kelmarin dikongsi 900 pengguna dan mendapat 1,500 likes setakat jam 5 petang semalam sehingga tular di aplikasi sosial lain termasuk Twitter.

Mengulas lanjut mengenai tindakannya itu, anak jati Gelang Patah yang berkhidmat di Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) itu berkata, hatinya terbuka menulis status berkenaan kerana mahu menamatkan zaman bujang secepat mungkin.

“Saya anak sulung daripada dua beradik, ayah (Ahmad Nazri Wahad, 58) dan ibu (Asmah Ayob, 56) kerap bertanya bila saya mahu berkahwin kerana mereka mendapati kehidupan saya sudah stabil.



Sumber: Metro

Sumber Pensyarah cari calon isteri di FB, letak syarat calon isteri ada sarjana, tawar hantaran RM500

Sumber asal: thetrendingnow.blogspot.com

Jawapan balas Tun Mahathir untuk Sultan Johor


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini tampil menulis jawapan balas berhubung kenyataan Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar terhadap dirinya semalam.

Dalam kenyataannya Mahathir berkata, beliau tidak dapat pastikan sama ada kenyataan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang didakwa ‘tersinggung dan terluka dengan kenyataannya’ mengenai Forest City benar-benar mencabarnya atau ia sekadar tafsiran akhbar.

“Namun, kecuali DYMM menafikan baginda mencabar saya, saya menganggap laporan The Star itu adalah benar,” katanya.

Semalam, Baginda dalam satu kenyataan membidas Mahathir kerana meletakkan kepentingan politik melebihi kepentingan rakyat Malaysia terutama sekali di Johor.

Baginda bertitah, Mahathir cuba memainkan “politik ketakutan dan perkauman” dalam cubaannya menghalau pelaburan China dari negeri itu, namun yakin ia yang tidak ada tempat di Johor kerana baginda tidak percaya kepada politik perkauman.

Dalam pada itu, Mahathir berharap kenyataannya ini tidak disalah anggap, seolah-olah beliau mencabar institusi diraja.

“Ketika orang lain boleh bercakap apa yang mereka mahu mengenai saya, dan saya mengalu-alukan kebebasan mereka bercakap begitu, saya berharap dalam maklum balas kepada cabaran DYMM, saya tidak ditangkap dan dipenjarakan tanpa bicara.

“Jika ia dibuat dengan perbicaraan, saya mengalu-alukan penahanan tangkapan,” katanya.

Mengulas lanjut Mahathir berkata kenyataan beliau mengenai Forest City di Johor Bahru itu, tidak lebih daripada mengulangi laporan Bloomberg berkaitan projek pembangunan di negeri itu.

“Apa yang dikatakan Bloomberg dalam laporannya pada 22 November tahun lalu?

Ianya mengatakan, sebuah syarikat China akan membina Forest City in Johor Bahru yang akan menempatkan 700,000 orang. Laporan itu kemudian menyatakan ramai orang China diterbangkang (ke Johor) untuk melihat model dan mereka sudah dan akan membeli kebanyakan harta tanah di Forest City.

“Saya tidak yakin ramai Melayu dan Cina Johor membeli atau akan membeli apartmen-apartmen itu. Tidak ramai orang Malaysia akan membeli harta tanah ini.

“Bloomberg, dalam laporan sama, menyebut 60 lagi pembangunan seperti Forest City, dan ini juga sedang dijual kepada orang China.

“Lihat kembali ke tahun 1819, apabila Sultan Ali tidak memajak Singapura kepada British, (tetapi) Temenggong menandatangani pemajakan itu. Dan lihat Singapura hari ini. Sebahagian daripada Johor kini negara asing – begitu maju, memang, tetapi sebuah negara asing,” katanya.



Sumber: Sinar Harian

Sumber Jawapan balas Tun Mahathir untuk Sultan Johor

Sumber asal: thetrendingnow.blogspot.com 




Lelaki Ini Minum 10 Tin Minuman Bergas Sehari Selama Sebulan!! Ramai TERKEJUT Apa Jadi Pada Badannya!!!




Pelbagai pihak telah banyak membincangkan tentang bahaya pengambilan gula berlebihan. Dan banyak juga kritikan dilontarkan kepada jenama-jenama seperti Coca-Cola dan Pepsi yang dikatakan antara penyumbang utama kepada masalah ini. Namun, kritikan tersebut hanya tinggal kritikan. Hari ini, penghasilan makanan dan minuman bergula terus meningkat mengikut cita rasa dan permintaan pasaran.

Oleh sebab itu, George Prior membuat keputusan untuk memulakan kempennya sendiri untuk memberi kesedaran tentang bahaya pengambilan gula berlebihan. Lelaki yang berasal dari Los Angeles, Amerika Syarikat itu menjalankan sebuah eksperimen untuk menunjukkan kesan pengambilan gula berlebihan tersebut ke atas dirinya.

Di dalam eksperimen tersebut, beliau telah meminum sebanyak 10 tin minuman bergula setiap hari selama sebulan.




Keputusannya memeranjatkan: Berat badan George naik mendadak.



Susuk badan beliau juga berubah.



Saya mahu memberi peringatan kepada semua tentang pengambilan gula mereka setiap hari dan kesan buruknya ke atas kesihatan mereka, kata George.



Antara minuman bergula lain yang merbahaya (dalam sukatan kiub):







Sumber: 1citemalaya

Sumber asal: figuramalaya.net

Data tak boleh dicuri, Bank Negara jamin kad PayWave selamat


Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menegaskan kad ATM dan kad kredit yang dilengkapi ciri keselamatan baharu di bawah sistem PayWave tidak boleh diklonkan atau digunakan untuk transaksi tidak disahkan pemegang kad sendiri.

Data tak boleh dicuri, Bank Negara jamin kad PayWave selamat

Sehubungan itu, BNM menafikan berjuta-juta pengguna kad ATM dan kad kredit PayWave mudah terdedah kepada penyeluk saku elektronik.

BNM dalam satu kenyataan berkata, kad tanpa sentuh itu dilengkapi ciri keselamatan termasuk cip yang mengandungi kod dinamik bagi setiap transaksi dan pemegang kad dikehendaki memasukkan kod pengesahan transaksi (TAC) untuk urus niaga kad dalam talian dan maklumat penting dalam kad tidak boleh dicuri secara elektronik.

BNM turut menasihatkan pemegang kad menghubungi bank dengan segera, jika kad mereka hilang atau dicuri atau nombor pengenalan peribadi (PIN) mereka terjejas atau berlaku transaksi tidak dibenarkan menggunakan kad mereka.

Oktober lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) pernah memberi jaminan kad tanpa sentuh yang dilengkapi ciri keselamatan terkini adalah instrumen pembayaran sangat selamat dan hampir mustahil dipalsukan.

Bagaimanapun, pada 7 Disember lalu, FMT memetik Penolong Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE), A Karuna sebagai berkata, kad ATM, debit dan kredit baharu itu mungkin lebih mudah terdedah kepada kecurian data kerana pencuri boleh menggunakan alat khas yang dapat memantulkan secara magnetik maklumat kad mereka.

“Dengan menggerakkan alat di hadapan kad pengguna, maklumat pengguna boleh dicuri. Jadi bukankah ini bermaksud orang lain boleh menggunakan alat yang sama untuk mencuri maklumat?” katanya merujuk sebuah video YouTube yang menunjukkan bagaimana maklumat dicuri daripada kad PayWave.

Bukan itu sahaja, pakar keselamatan teknologi maklumat, Mohd Nizam Mohd Salleh yang dipetik Harian Metro semalam turut mendakwa cip baharu kad debit yang diperkenalkan awal tahun ini lebih berisiko terdedah kepada kecurian data.

Katanya, penjenayah boleh mengesan gelombang radio transaksi itu dalam jarak kurang 1m melalui aplikasi dimuat turun ke telefon pintar dan selepas data diperolehi, mereka boleh melakukan transaksi dengan mengimbas telefon pintar di mesin payWave.



Sumber: FMT

Sumber Data tak boleh dicuri, Bank Negara jamin kad PayWave selamat

Sumber asal: thetrendingnow.blogspot.com